Sunday, August 10, 2008

Diari YB...

Bangun pagi-pagi, tamu dah menanti
bukan nak cari kopi, nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan, Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan, Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8, YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan, Pengundi tahan minta bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang, Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang, Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri, Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi, Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk, Hai teruk ke tak teruk, Pokit tetap YB kena seluk

Ketika awal petang, ada satu sidang
YB tak boleh tak datang, Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala, Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba, Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia, Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah, Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah, Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Ditanya orang harapan, Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan, YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makam, Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik, Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi, YB belik itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri, Cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari YB tak tido lagi, Esoknya pagi-pagi
dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB"

Bukan senang nak jadi YB....kalau niat betul-betul tolong rakyat..pilihlah YB yang boleh membantu...bukan cakap tak serupa bikin...janji sekadar janji....

2 comments:

sumandak bayu said...

Memang macam tu lah kehidupan sebenar YB apa nak buat kan ni juga moto YB berkhidmat untuk rakyat.
http://wwww.sumandakbayu.blogspot.com.

waritarakyat said...

Tu laa.. orang cakap nak jadi YB senang tapi hakikatnya bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.