Tuesday, March 17, 2009

"Panas tetapi Hujan, Hujan tetapi Panas"

Melihat gelagat penulis laman-laman blog di internet, memang panas.. Nampaknya apa yang diperhatikan kini penulis-penulis blog terutama PR nampaknya tidak serik-serik menghina kerajaan tanpa henti-henti. Di dalam fikiran mereka, apa sahaja kerajaan buat semuanya salah..nampaknya penulis-penulis ini melihat kabur dalam cahaya terang, umpama terang dalam gelap gelita..Lihat sahaja penulis ini bagai menegak benang yang basah ibarat yang putih itu hitam dan yang hitam itu putih....orang kata itu burung, dia kata bukan burung, tetapi burung itu terang-terang dah terbang...Agak pelik juga kita fikirkan....hari-hari gurindam di dalam jiwa mereka bercelaru, tidak ada ketenangan hampir seluruh kehidupan mereka berfikiran negatif...

Wednesday, March 4, 2009

Mentadbir Negeri Bukan Mudah Seperti Yang Anda Sangka...

Masih belum berganjak dari tempat asal walaupun diarah keluar secara terhormat...Mungkin inilah suasana yang berlaku di Perak sekarang, PR masih tidak percaya yang mereka tidak lagi berkuasa di Perak...inilah gila kuasa, tamak dan tidak sedar diri...mungkin pemimpin-pemimpin PR masih dibuai mimpi yang belum berakhir..mereka merasakan hari belum pagi, pada hakikatnya sekarang ini keadaan di Perak bukan lagi di awang-awangan tetapi BN sudah berpijak di bumi yang nyata.....

Saya berpendapat untuk menukar kerajaan, memang mudah bila rakyat sudah dipisong, diumpan berbagai janji-janji manis, tetapi harus diingat bukan mudah mentadbir sesebuah negeri seperti yang anda sangka...mungkin angapan PR di perak boleh buat sesuka hati....mereka merasakan sokongan rakyat begitu kuat sekarang....jangan berfikiran sempit, pengundi dan rakyat di Perak terutamanya Melayu sedang memerhatikan kerajaan boneka itu yang kini tersungkur belumpun genap satu tahun...tetapi sudah besar kepala...

Thursday, September 4, 2008

IBarat bolasepak dengan penontON...

Sejak di bangku sekolah lagi saya memang berminat nak tengok perlawanan bola sepak..sekadar menjadi peminat je...lagipun kata orang kalau jadi pemain bola sepak mesti ada bakat,.. baru boleh..
Umpama bola sepak dengan penonton...memang hebat..teriak sini teriak sana...kalau anda sedang menyaksikan perlawanan bola sepak tentu anda akan mendengar sorakan penonton..."bodoh punya pemain tak tahu tendang...tiada makan kee!! kejar la...sia-sia dipilih pemain utama..tapi tak pandai main..." bodoh betul...tendang bola macam tade makan...'betul kee.. apa yang mereka cakap tu?....memang tak betul... penonton dah ghairah sangat nak menang...memang gitu jadinya...tetapi bila dia sendiri menjadi pemain...rupa-rupanya bukan senang nak tendang bola... 20 minit berlalu rasanya nak putus nyawa..silap haribulan pengsan tengah padang bola.....,,nah!!!...baru kau tau kau cakap memang senang...
...KITA tengok negeri-negeri yang ditadbir pembangkang....dulu sebelum pilihanraya nak bagi ini dan itu...semuanya boleh..manis macam gula... kini dah banyak alasan...bukan mudah nak pimpin negara,..sedangkan negeri yang kecil tu pun amat payah...kalau anda seorang yang rasional...IBarat bolasepak dengan penontON lah tu...

Sunday, August 10, 2008

Diari YB...

Bangun pagi-pagi, tamu dah menanti
bukan nak cari kopi, nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan, Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan, Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8, YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan, Pengundi tahan minta bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang, Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang, Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri, Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi, Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk, Hai teruk ke tak teruk, Pokit tetap YB kena seluk

Ketika awal petang, ada satu sidang
YB tak boleh tak datang, Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala, Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba, Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia, Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah, Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah, Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Ditanya orang harapan, Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan, YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makam, Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik, Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi, YB belik itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri, Cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari YB tak tido lagi, Esoknya pagi-pagi
dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB"

Bukan senang nak jadi YB....kalau niat betul-betul tolong rakyat..pilihlah YB yang boleh membantu...bukan cakap tak serupa bikin...janji sekadar janji....

Wednesday, August 6, 2008

Linda akan mengadakan konsert di one borneo

Linda Nanuwil akan mengadakan konsert di One Borneo pada 16 ogos 2008.

hai

hello