Tuesday, March 17, 2009

"Panas tetapi Hujan, Hujan tetapi Panas"

Melihat gelagat penulis laman-laman blog di internet, memang panas.. Nampaknya apa yang diperhatikan kini penulis-penulis blog terutama PR nampaknya tidak serik-serik menghina kerajaan tanpa henti-henti. Di dalam fikiran mereka, apa sahaja kerajaan buat semuanya salah..nampaknya penulis-penulis ini melihat kabur dalam cahaya terang, umpama terang dalam gelap gelita..Lihat sahaja penulis ini bagai menegak benang yang basah ibarat yang putih itu hitam dan yang hitam itu putih....orang kata itu burung, dia kata bukan burung, tetapi burung itu terang-terang dah terbang...Agak pelik juga kita fikirkan....hari-hari gurindam di dalam jiwa mereka bercelaru, tidak ada ketenangan hampir seluruh kehidupan mereka berfikiran negatif...

Wednesday, March 4, 2009

Mentadbir Negeri Bukan Mudah Seperti Yang Anda Sangka...

Masih belum berganjak dari tempat asal walaupun diarah keluar secara terhormat...Mungkin inilah suasana yang berlaku di Perak sekarang, PR masih tidak percaya yang mereka tidak lagi berkuasa di Perak...inilah gila kuasa, tamak dan tidak sedar diri...mungkin pemimpin-pemimpin PR masih dibuai mimpi yang belum berakhir..mereka merasakan hari belum pagi, pada hakikatnya sekarang ini keadaan di Perak bukan lagi di awang-awangan tetapi BN sudah berpijak di bumi yang nyata.....

Saya berpendapat untuk menukar kerajaan, memang mudah bila rakyat sudah dipisong, diumpan berbagai janji-janji manis, tetapi harus diingat bukan mudah mentadbir sesebuah negeri seperti yang anda sangka...mungkin angapan PR di perak boleh buat sesuka hati....mereka merasakan sokongan rakyat begitu kuat sekarang....jangan berfikiran sempit, pengundi dan rakyat di Perak terutamanya Melayu sedang memerhatikan kerajaan boneka itu yang kini tersungkur belumpun genap satu tahun...tetapi sudah besar kepala...